PLKN : cerita ,rintihan dan luahan #1

19:48:00

 
hello hello dan assalamualaikum .


Actually for the past weeks aku tengah belajar bawak kereta. Ujian undang undang dah pass so sekarang belajar practical dia pulak. Sampailah satu hari yang indah dan ada posmen singgah hantar surat rumah aku. Sekali tengok surat tu tertera JLKN sebesar-besarnya.

Ya, aku dapat jemputan ke PLKN. Aku takdalah nak kata tak suke sebab dapat kat Sarawak kot. Kira okay la. Baru minggu lepas kot baru dapat surat, mana tak aku mengelabah gile. Mana nak cari barang2 lagi, nak buat medical checkup lagi.

Aku memang tak suka benda rush2 ni. Yang JLKN ni pon bukan nak bagi awal-awal nak dekat dekat lapor diri baru nak hantar surat. Then camne pulak dengan lesen L aku tu?


PLKN

Dengar citer ada yang kata PLKN ni best ada gak yang kata biasa-biasa je. Ni yang buat aku nervous ni. FYI aku ni bukan jenis gadis tipikal malaysia yang comel2 mesra mesri. Aku ni jenis loner and ada resting bitch face. Boleh ke buat kawan kat sana? Ya Allah, permudahkanlah perjalanan aku ni .Lagi satu aku ni jenis kuat mengelabah. Kalau lah aku termalukan diri sendiri ke camne?

kawad .

Setakat basic tu adalah sikit. Tapi still terabur. For the 1st time, aku rasa bersyukur sangat kene paksa kawad dengan cikgu Tengku Abbas and cikgu Johana. Kalau bukan sebab dorang ni, aku langsung takde basic kawad.

persiapan

Bab persiapan setakat ni

- dari segi barang2  dan pakaian ----------->12%
- surat surat cinta (dokumen and such) ----------->0000.1%

You Might Also Like

0 comments

thanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x

Popular Posts

Recent Posts