Kerana tamak haloba

23:43:00

Hi guys,

Time sekolah dulu aku suka sangat pakai sheer lip balm, ala yang bila pakai nanti dia buat bibir kita jadi ala ala pinkish tu. Then lepas hallyu wave melanda, mulalah top alat alat solek korea such as bb cream and lip tint. Time tu igshop, fbshop semua berlumba lumba nak jual lip tint ni and tak silap time tu lip tint paling known ialah obuse lip tint. Selalunya lip tint ni banyak range colour and terpulang lah nak colour apa. Bagi yang tak tau, lip tint ni texture dia bukan macam lipstick or lip balm dia 100% liquid and temporary tint cuma application dia je macam lipstick.

So apa kena mengena title dengan fenomena lip tint ni? Hah meh nak cerita. So time tu bila seller-seller ni jual, dorang start buat promotion contohnya buy 4 free 1 or buy 5 for rm12 inc postage fee or something like that. Sebab aku nak kejar sangat promotion-promotion ni semua, sanggup beli banyak semata-mata nak save postage fee. Time tu fikir tak kisah sebab ada banyak colour then dapat banyak boleh tukar-tukar colour tiap-tiap hari pastu dapat save postage pulak tu wahh. So few days ago tengah aku kemas make up drawer aku, terjumpa balik lip tints ni semua. Jangan kata tinggal suku, setengah pun belum punyalah banyak lagi yang tinggal. Kenapa tak sambung guna? lip tint ni kalau tak silap aku beli 2, 3 tahun lepas and as we know seboleh bolehnya jangan guna skincare/make up yang melebihi 3 tahun. Tak berani nak guna lagi manalah tau ada side effect ke kan. So berbuang je semua ni haihh...


You Might Also Like

0 comments

thanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x

Popular Posts

Recent Posts