Powered by Blogger.

Pages

  • Home
  • Animal crossing: New leaf
  • Psoriasis
  • Movies
  • Personal
  • Answered Questions

ENIGMA


Kalau korang peminat exo confirm korang dah tau dah pasal game ni. Boleh dikatakan agak femes dikalangan exo-l since member exo, Chanyeol dan Sehun sendiri dah main game ni dan post kat instagram masing-masing.



Bukan nak bias tapi seronok je main game ni. Ada banyak mode dan stage. Developer dia pun tak lokek bagi gifts. Tapi jenuh jugak nak beli costume sebab semua mahal-mahal gila.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Game yang currently tengah layan walaupun RAM smartphone dah tak kuat dan memory pun tinggal sipi-sipi lepas download POGO haritu. Criminal Case ni lebih kurang macam cari game hidden object. Korang sebagai forensic kena selesaikan kes-kes yang ada dan tangkap pembunuh lepas tu level up ke level yang baru.

Gameplay okay. Smooth. Bagi aku level semua senang lepas main 2-3 kali. Tapi dia punya energy ikut tracking real time. Dua minute untuk satu energy recharge manakala kat setiap sub level 20 energy diperlukan untuk sekali main. Kena tunggu berjam untuk 5 minute gameplay.

sub level
Obviously repetitive sebab korang kena main satu sub level berkali-kali untuk penuhkan 5 bintang tu. Bintang tu perlu untuk progresskan storyline level tu. Nak penuhkan satu pun bukan main susah, padahal energy ciput je.

Kadang-kadang main tak puas sebab main 4-5 kali energy dah abis. Tapi gameplay overall okay. Kinda feel like long term sebab banyak level and kena tunggu lama untuk complete one level. Kalau lama sangat nampaknya tak lama lagi kena uninstall la jawabnya hahaha.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Hah baru masuk dua hari pokemon go dilaunch kat malaysia ramai dah yang demam main game ni. Kalau korang peminat pokemon, korang fahamlah macam mana excited-nya para peminat pokemon Malaysia menunggu POGO dilaunch kat sini. Yang sebenarnya aku pun terjebak sekali dalam game ni sebab aku memang minat pokemon dari kecik lagi. So sekarang ni zaman dah maju, dengan teknologi yang ada, dorang progress dan upgradekan my childhood memory into something more than just a tv series, siapa tak excited.

Pokemon ni bukan setakat pikachu je. Banyak je lagi pokemon lain dalam tu and setakat ni, hanya 1st generation pokemon je yang ada dalam POGO ni. Taklah banyak sangat tapi jenuh jugak nak cari. Nak kata POGO ni release tension tak jugak tapi seronok main dimasa lapang. Tension tunggu pokemon tak keluar, tension pokemon sama je keluar, tension kenapa egg tak hatch, tension kenapa pokestop/gym jauh sangat tapi c'mon la tension ni bukanlah tension yang memudaratkan. Mungkin ramai yang tak hype sangat POGO ni tapi jangan korang bash kitaorang yang main ni. Main POGO ni kitaorang beringat jekot, tak semesti ada in apps purchase boleh mudaratkan diri disebabkan membazir duit beli pokeball. Pokeball ni boleh je dapat kat pokestop, free lagi. korang lepak 5-10minit boleh dpat 3-9 pokeball. Kalau ada yang beli, biarlah dorang, duit dorangkan? Nak tangkap pokemon pun kene jalan, nak conquer gym pun kena jalan, nak ke pokestop pun jalan. Semua melibatkan tenaga, sedikit sebanyak takdelah terperap je dalam rumah kan? Boleh make new friends sebab berbilang bangsa main POGO ni dan dalam masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia exercise (walk,jog,run).

AR on
AR off
So pagi tadi aku ada baca benda yang baru viral kat whatsapp pasal POGO ni. Ni opinion aku je dan bukan nak butthurt tapi kalau takut sangat dengan rakaman AR (augment reality) then turn off je AR tu. Lagipun dia bukan rakaman pun, just macam korang bukak apps camera on standby, itu je. Paranoid sebab boleh jadi spying apps? Kalau korang perasankan, time korang download apps-apps kat smartphone korang tu cuba tengok berapa banyak yang mintak access kat kamera, contact, location, picture gallery korang. Ha jangan terkejut sebab chatting apps korang tu yang selalunya banyak spying malware tau. Tapi ramai je yang pakai apps tu kan kan? Yang kaler biru tu. Kalau cerita pasal dia akan petakan  Malaysia ni melalui GPS koordinat yang dihantar cam tak logic sebab kalau macam tu, Waze pun takleh gunalah kan sebab diakan maps and akan amik koordinat GPS korang jugak? Kalau takde maps untuk malaysia macam mana orang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Takut details kita disimpan ke server luar negara? Dengan teknologi sekarang, hampir semua apps and website yang korang gunakan akan collect details korang dan disimpan ke server luar dan dlm negara? Ingat tak time register google account? Time register facebook tu semua?

Kalau POGO ni khurafat dan mengarut, kenapa dari dulu lagi tak haramkan? Siap tayang kat tv lagi masa aku kecik malah ada beratus lagi game kat goople play yang lebih kurang/terlebih mengarut. Ketagih terhadap gadget? Dari dulu lagi semua orang ketagih terhadap gadget disebabkan fb, whatssap, wechat etc.. POGO ni bukan boleh main selalu pun, kering bateri handphone tau. Pastu kalau line tak kuat/gps signal weak, jangan kata pokemon, siput pun tak keluar kat maps.

Bab isu agama tak nak campur sebab silap cakap nanti bahaya. Tapi bagi aku selagi tak lalai, tak terpesong akidah dan tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain, boleh je kot main. Just my humble opinion. Terjebak iya tapi ketagih tu jauh sekali.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Happy Thursday semua :)

Apa itu WMA? WMA stands for What's My Apps. Apa motif buat ni? Saja je disamping boleh berkongsi dengan korang semua on my yeah or nay apps. Kat google store tu terlampau banyak recommendation apps, either it worth it nak simpan dalam tablet tu yang nak tau tu.

Ingat lagi tak game flappy bird yang pernah viral tak lama dulu? Sampai ada yang sawan main benda tu and oleh sebab kepopularitiannya tu, si gamemaker rasa stress dan ambil keputusan untuk keluarkan game tu dari google play store (i'm using android). Sejak dari tu, berlambak la game2 parody flappy bird kat google play store. Yang merepek pun banyak, so korang bolehlah search sendiri.

Dalam banyak2 parody, i choose DOGE sebab DOGE kiut. Bila main pun tak rasa rage melampau-lampau sampai nak campak fone. Bagi yang tak biasa dengan MEME DOGE ni korang bole refer sini dan sini untuk tengok betapa comelnya meme DOGE ni.

Such doge, Very shibe, Many death wow
just realise yang it say FAP and bukan TAP and jari tu actually middle finger -.-"
Aww, Shibe mati..
Can't get more than 8... i'm such a disgrace *grossly sobbing* .

Whats your favourite apps? Share it with me :)


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

About me

Status : Might be active again. Thank you for visiting! - 24/11/19

More post about my psoriasis update coming soon!

Follow Me

  • Twitter
  • Ask.fm
  • Blogspot

Blog Archive

  • ▼  2019 (2)
    • ▼  November (2)
      • SHOPEE HAUL | Universal Laptop Silicone Anti Dust ...
      • SHOPEE HAUL | W.dressroom No.49 Peach Blossom | Re...
  • ►  2017 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (26)
    • ►  December (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2014 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)

recent posts

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes