Hah baru masuk dua hari pokemon go dilaunch kat malaysia ramai dah yang demam main game ni. Kalau korang peminat pokemon, korang fahamlah macam mana excited-nya para peminat pokemon Malaysia menunggu POGO dilaunch kat sini. Yang sebenarnya aku pun terjebak sekali dalam game ni sebab aku memang minat pokemon dari kecik lagi. So sekarang ni zaman dah maju, dengan teknologi yang ada, dorang progress dan upgradekan my childhood memory into something more than just a tv series, siapa tak excited.
Pokemon ni bukan setakat pikachu je. Banyak je lagi pokemon lain dalam tu and setakat ni, hanya 1st generation pokemon je yang ada dalam POGO ni. Taklah banyak sangat tapi jenuh jugak nak cari. Nak kata POGO ni release tension tak jugak tapi seronok main dimasa lapang. Tension tunggu pokemon tak keluar, tension pokemon sama je keluar, tension kenapa egg tak hatch, tension kenapa pokestop/gym jauh sangat tapi c'mon la tension ni bukanlah tension yang memudaratkan. Mungkin ramai yang tak hype sangat POGO ni tapi jangan korang bash kitaorang yang main ni. Main POGO ni kitaorang beringat jekot, tak semesti ada in apps purchase boleh mudaratkan diri disebabkan membazir duit beli pokeball. Pokeball ni boleh je dapat kat pokestop, free lagi. korang lepak 5-10minit boleh dpat 3-9 pokeball. Kalau ada yang beli, biarlah dorang, duit dorangkan? Nak tangkap pokemon pun kene jalan, nak conquer gym pun kena jalan, nak ke pokestop pun jalan. Semua melibatkan tenaga, sedikit sebanyak takdelah terperap je dalam rumah kan? Boleh make new friends sebab berbilang bangsa main POGO ni dan dalam masa yang sama menggalakkan rakyat Malaysia exercise (walk,jog,run).
AR on |
AR off |
So pagi tadi aku ada baca benda yang baru viral kat whatsapp pasal POGO ni. Ni opinion aku je dan bukan nak butthurt tapi kalau takut sangat dengan rakaman AR (augment reality) then turn off je AR tu. Lagipun dia bukan rakaman pun, just macam korang bukak apps camera on standby, itu je. Paranoid sebab boleh jadi spying apps? Kalau korang perasankan, time korang download apps-apps kat smartphone korang tu cuba tengok berapa banyak yang mintak access kat kamera, contact, location, picture gallery korang. Ha jangan terkejut sebab chatting apps korang tu yang selalunya banyak spying malware tau. Tapi ramai je yang pakai apps tu kan kan? Yang kaler biru tu. Kalau cerita pasal dia akan petakan Malaysia ni melalui GPS koordinat yang dihantar cam tak logic sebab kalau macam tu, Waze pun takleh gunalah kan sebab diakan maps and akan amik koordinat GPS korang jugak? Kalau takde maps untuk malaysia macam mana orang nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat? Takut details kita disimpan ke server luar negara? Dengan teknologi sekarang, hampir semua apps and website yang korang gunakan akan collect details korang dan disimpan ke server luar dan dlm negara? Ingat tak time register google account? Time register facebook tu semua?
Kalau POGO ni khurafat dan mengarut, kenapa dari dulu lagi tak haramkan? Siap tayang kat tv lagi masa aku kecik malah ada beratus lagi game kat goople play yang lebih kurang/terlebih mengarut. Ketagih terhadap gadget? Dari dulu lagi semua orang ketagih terhadap gadget disebabkan fb, whatssap, wechat etc.. POGO ni bukan boleh main selalu pun, kering bateri handphone tau. Pastu kalau line tak kuat/gps signal weak, jangan kata pokemon, siput pun tak keluar kat maps.
Bab isu agama tak nak campur sebab silap cakap nanti bahaya. Tapi bagi aku selagi tak lalai, tak terpesong akidah dan tak memudaratkan diri sendiri dan orang lain, boleh je kot main. Just my humble opinion. Terjebak iya tapi ketagih tu jauh sekali.
2 comments
terkenang zaman muda mudi ^^
ReplyDeletekan kan :)
Deletethanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x