Powered by Blogger.

Pages

  • Home
  • Animal crossing: New leaf
  • Psoriasis
  • Movies
  • Personal
  • Answered Questions

ENIGMA

Kalau korang baca entry aku yang lama-lama tu korang mesti tau yang aku pergi concert Exo The Exoluxion (TEL) beberapa bulan yang lepas. Dalam entry ni aku nak cerita time aku kat sana. Dah berapa bulan baru nak buat entry haha..

1. Dalam entry ni aku ada cerita pasal macam mana booking aku kene reject. Lepas kene cancel tu aku terus pergi search another hotel yang berdekatan. Dapat satu, price pun around bajet since aku kongsi dengan kawan. Aku booking a kat hotel tu (more like guesthouse or ala-ala motel camtu) and select bilik yang ada 1 queen bed and 1 single bed. Then bila kitaorang nak cari hotel tu punyalah complicated tapi tak kisahlah tu, dah sampai je kat situ booking aku kena ubah lagi. Kitaorang dapat bilik yang cuma ada 1 queen size bed. Aku punya berangin takyah citer ah. Nasib baik 3 orang je. Kalaulah 4, 5 orang? Mana nak letak yang lain? Nasib baik staff tu okay and kata boleh letak extra bed with no charge. Lepas tu kan yang klakarnya bilik tu tak ada aircond hahaha. I mean ada aircond tapi gas tak ada. Dahlah time tu musim el nino, bahangnya bilik kitaorang tuhan je tahu. Duduk kat lobby lagi sejuk dari dalam bilik haha.

2. Masa hari concert tu me and my friend plan gerak awal sebab nak collect fankit yang kitaorang dah beli and some free fankit. Masa dah sampai tu punyalah ramai orang (understandable sebab concert kan?) then kitaorang have to go through these peoples untuk cari tempat fankit kitaorang. Yang bagi free tu boleh je pergi kat dorang and amik fankit (mostly banner and photocards) Ada yang syarat lebih sikit, nak tengok tweethandle or folder certain member. Fun gila macam main treasure hunt.

3. Time tu jugak nak cari fankit yang kita dah bayar as example aku beli Exo Union Malaysia punya fankit and ada set banner, poncho, wristband and someother stuff tak ingat and Kai Union punya fankit which include flower crown, few photocards and some buttons. So aku gerak awal, sebab takut tak jumpa dorang nilah. Dorang datang lambat gila (understandable since time tu ada 2 entrance and they had to ulang alik between those two entrance).

4. Ada sekali tu aku salah beratur masa nak amik merch sebab ingatkan EUM punya spot. Dah ramai gila beratur kat situ so aku pun ikut beratur. Sekali sampai depan aku tengak asal bukan macam EUM, sekali this one nice person yang beratur infront of me bagitau yang ni fankit baekhyun. Hahaha.. kelakar. Dah alang-alang sampai depan aku pun amik jelah. Fankit dia comel gila. One hand banner and few photocards. Nice person tu siap tumpangkan payung lagi since hari tu panas terik. Ada korean concert goer yang beratur belakang aku siap tanya "what is this line for?".

5. Tunggu punya tunggu finally jumpa EUM punya booth. Amik item then blah, sebab penat sangat kitaorang cari satu spot untuk duduk sementara tunggu yang Kai Union punya pulak. Sekali dorang update location so kalut ah aku nak cari, sampai je kat location yang dorang post, dorang takde kat sana. tweet dorang tanya mana location tak ada reply. Bukan aku je yang beli kat Kai Union, ramai lagi yang tak dapat. Tweet punya tweet sampai kesudah takda reply.

6. Time dekat-dekat nak masuk tetiba hujan lebat. Aku ada poncho so lucky tapi kawan aku terpaksa beli. One poncho kualiti on par dengan beg plastic dorang charge RM5. Gila tak? Baru pakai pun boleh koyak.. Nak tak nak dia terpaksa beli sebab hujan lebat.

7. Masa tu sepatutnya masuk ikut turn (this zone masuk dulu then this other zone masuk pulak) ada khemah kat situ untuk organize the zones tapi sebab hujan lebat semua meluru masuk and potong queue. Time ni Pak cik jual baju hujan charge satu baju hujan RM10.

8. Star planet tahan kitaorang dekat sejam kat khemah tu sampai basah kyup semua. Some dah masuk yang lain still kat luar. Ada yang dah pengsan and so on kat khemah tu. Ada satu auntie ni dah fedap tunggu lama so dia terus jerit "OPEN THE DOOR"

9. Bila dah dpt masuk apa lagi semua lari lintang pukang masuk zone masing masing. Time ni dah tak ada dah check check prohibited item, cuma dorang sempat check tiket je since semua dah meluru masuk.

10. So ada satu fan project yang nak kitaorang pakai finger LED untuk slot lagu Drop That. Finger LED tu di distribute secara free and dorang choose to distribute it kat pintu entrance. Time ni semua orang dah rush masuk mana sempat nak amik. So masa masuk tu kawan aku paling dekat dengan dia so dia amik dia punya then nak amikkan aku satu tapi staff EUM tu tak bagi and alih benda tu kat tempat lain. So majoriti of us tak dapat and i don't know if that fan project is succesful or not.

11. Time concert tu kan semua dah pushing sana sini, memang crowded gila, masa layan lagu exo tu aku layang lightstick tetiba terkena kepala satu auntie ni. Cepat cepat aku say sorry. Dia pun angguk je. Lepas tu dia tengok banyak budak merakam,  dia pun ikut merakam sekali.

12. Ada orang nak guna bahu aku as tripod aku so aku just goyang-goyangkankan badan konon-konon jamming padahal haha.

13. 80% fancam aku either ada tangan orang, fanboard orang, or smartphone orang.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
1. Venue (luar stadium)
Venue dia sempit gila. Imagine fans from seluruh malaysia (+ foreign fans) bersesak kat satu venue yang kecik (luar stadium). Dengan cuaca yang panas lagi bersempit-sempit kat crowded area.

2.  Scattered giveaway booth
Its not even a booth sebab memang takda booth pun. Tapi tu tak kisahlah sebab kat luar venue pun sempit gila, celah mana nak open booth. So dorang akan berdiri mana-mana spot kosong yang dorang boleh berdiri, so kalau korang missed out then tak dapatlah free fangift.

3. Entrance time being delayed
Remaining people (which probably zone e, x, o and cat 3(?) ) masuk dalam stadium waaaay passed the time stated.

4. Sampah everywhere
IDK what's up with this and tak suprised pun benda ni happen sebab ada orang jual makanan, ice cream and soft drinks kat situ and plastic/garbage can mungkin tak cukup or people are just simply malas so people resort to buang sampah dorang merata-rata which is a pretty eyesore and kesian kat sesiapa yang kena clean up tu. Oh and did i mention that me and my friend had to stand up atas piles of garbage and i even accidentally stepped up on an unopened lay chips!!

5. Star planet makes us line up according to ticket code yet failed miserably
Star planet ada buat rules which is everyone kena line up according to code no kat ticket. Time tu hujan lebat and people berebut masuk tent. Semua potong queue and stuff tapi tak kisahlah sebab yang tinggal tu i think standing zone so takyah ikut number pun takpe. Then terpaksa bersempit kat dalam tent tu for idk how long sebab hujan tengah lebat sampai ada yang pengsan. Some yang tak muat masuk tent terpaksa berdiri kat luar without rain coat and bash kuyup (most pakai raincoat). So in short, rule untuk line up tu dah takde function.

6. Penjual cekik darah
Ada booth yang jual unofficial merch and makanan/minuman sebelum masuk venue (area luar stadium). Most unofficial merch standard handfan, shirt, keychain keyring and lain lain.. Sempat jugak tengok-tengok and some harga reasonable je and aku pun sempat beli satu baju tapi yang cekik darah adalah yang jual makanan/minuman/raincoat. Yes korang boleh kata "standard la kat concert kot semua confirm mahal" or "ticket mahal boleh beli makanan dua ringgit tak kan ta boleh beli" tapi agak-agak la kot kalau satu cucuk fishball RM2, mineral RM2... Paling tak boleh blah raincoat jual RM5 tapi kualiti cam plastic sampah. Beli kat daiso harga sama satu RM5 dah boleh bukak pakai bawak balik..

7. xxx fan union change and set their method of mailing to self pick up.
Okay ni maybe problem aku je sebab semua fankit yang aku beli aku akan choose the option to ship to me before the concert day. Sebab apa? Sebab aku nak tinggalkan barang yang tak perlu and just bawa barang yang perlu je pastu senang, time concert nak pergi venue lambat pun takpe sebab kits semua dah collect, takyah nak risau lagi. Then suddenly all of them changed their method to self pick up. Dah kena meredah sana sini cari dorang. Kalau dekat takpe ni semua jauh-jauh pastu awal gila nak mampus. Kalau yang update wherebout ok lagi ni ada yang update sekali pastu bila dia tukar location terus hilang. Sampaikan aku missed collect satu fankit aku which aku nak sangat pakai time tu.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ha. Nilah rupa keadaan beg aku lepas concert. Semua benda sumbat masuk so no wonderlah aku punya lightstick retak.



Posted via Blogaway
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hi hi! Short update on exo exoluxion in Malaysia.

So its been confirmed!! Our boys going to held their exoluxion here in Malaysia in 12th March 2016 at KL Stadium Merdeka. How many days it will held, ticket pricing and seats details are still unknown but yeah ! Am i the only one excited over this? And there's rumor saying the seat/ vvip seat reached Rm1000+ ?? Oh tak mampu kot even for yang dah berkerja macam aku. Anyways i'm really as excited as an Exo-L myself. I'm glad that they finally acknowledge Malaysia AND Malaysian Exo-L. Lets give our boys much love<3
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Okay Another EXO entry.

Ada rumours kata Exo berkemungkinan akan buat Exoluxion kat Malaysia next year. Woah Exo-L malaysia bolehlah rejoice ye tapi semua tu hanyalah rumours and masih dalam perbincangan. Setakat ni tak ada lagi kata putus dari pihak SM so keep your fingers cross weh. Okay bagi korang yang non fans tu mesti pelik and fikir "apelah budak ni merapu, concert je kot" tapikan tapikan bagi exo-l (mostly Malaysia and Philippine) kitaorang selalu di terlepas pandang dari pihak SM. Around last year dorang dah buat exoluxion di asia tenggara EXCEPT malaysia and philipine. Malaysia kecik sangat kot kat map tu yang dorang terlepas pandang.

I was thinking of going when it get confirmed. And if i go, it will be my first ever concert i attend in my life.

[UPDATE]
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

Status : Might be active again. Thank you for visiting! - 24/11/19

More post about my psoriasis update coming soon!

Follow Me

  • Twitter
  • Ask.fm
  • Blogspot

Blog Archive

  • ▼  2019 (2)
    • ▼  November (2)
      • SHOPEE HAUL | Universal Laptop Silicone Anti Dust ...
      • SHOPEE HAUL | W.dressroom No.49 Peach Blossom | Re...
  • ►  2017 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (26)
    • ►  December (4)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2014 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)

recent posts

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes