Story Telling: ExoluxionaInMalaysia Concert Experience
Kalau korang baca entry aku yang lama-lama tu korang mesti tau yang aku pergi concert Exo The Exoluxion (TEL) beberapa bulan yang lepas. Dalam entry ni aku nak cerita time aku kat sana. Dah berapa bulan baru nak buat entry haha..
1. Dalam entry ni aku ada cerita pasal macam mana booking aku kene reject. Lepas kene cancel tu aku terus pergi search another hotel yang berdekatan. Dapat satu, price pun around bajet since aku kongsi dengan kawan. Aku booking a kat hotel tu (more like guesthouse or ala-ala motel camtu) and select bilik yang ada 1 queen bed and 1 single bed. Then bila kitaorang nak cari hotel tu punyalah complicated tapi tak kisahlah tu, dah sampai je kat situ booking aku kena ubah lagi. Kitaorang dapat bilik yang cuma ada 1 queen size bed. Aku punya berangin takyah citer ah. Nasib baik 3 orang je. Kalaulah 4, 5 orang? Mana nak letak yang lain? Nasib baik staff tu okay and kata boleh letak extra bed with no charge. Lepas tu kan yang klakarnya bilik tu tak ada aircond hahaha. I mean ada aircond tapi gas tak ada. Dahlah time tu musim el nino, bahangnya bilik kitaorang tuhan je tahu. Duduk kat lobby lagi sejuk dari dalam bilik haha.
2. Masa hari concert tu me and my friend plan gerak awal sebab nak collect fankit yang kitaorang dah beli and some free fankit. Masa dah sampai tu punyalah ramai orang (understandable sebab concert kan?) then kitaorang have to go through these peoples untuk cari tempat fankit kitaorang. Yang bagi free tu boleh je pergi kat dorang and amik fankit (mostly banner and photocards) Ada yang syarat lebih sikit, nak tengok tweethandle or folder certain member. Fun gila macam main treasure hunt.
3. Time tu jugak nak cari fankit yang kita dah bayar as example aku beli Exo Union Malaysia punya fankit and ada set banner, poncho, wristband and someother stuff tak ingat and Kai Union punya fankit which include flower crown, few photocards and some buttons. So aku gerak awal, sebab takut tak jumpa dorang nilah. Dorang datang lambat gila (understandable since time tu ada 2 entrance and they had to ulang alik between those two entrance).
4. Ada sekali tu aku salah beratur masa nak amik merch sebab ingatkan EUM punya spot. Dah ramai gila beratur kat situ so aku pun ikut beratur. Sekali sampai depan aku tengak asal bukan macam EUM, sekali this one nice person yang beratur infront of me bagitau yang ni fankit baekhyun. Hahaha.. kelakar. Dah alang-alang sampai depan aku pun amik jelah. Fankit dia comel gila. One hand banner and few photocards. Nice person tu siap tumpangkan payung lagi since hari tu panas terik. Ada korean concert goer yang beratur belakang aku siap tanya "what is this line for?".
5. Tunggu punya tunggu finally jumpa EUM punya booth. Amik item then blah, sebab penat sangat kitaorang cari satu spot untuk duduk sementara tunggu yang Kai Union punya pulak. Sekali dorang update location so kalut ah aku nak cari, sampai je kat location yang dorang post, dorang takde kat sana. tweet dorang tanya mana location tak ada reply. Bukan aku je yang beli kat Kai Union, ramai lagi yang tak dapat. Tweet punya tweet sampai kesudah takda reply.
6. Time dekat-dekat nak masuk tetiba hujan lebat. Aku ada poncho so lucky tapi kawan aku terpaksa beli. One poncho kualiti on par dengan beg plastic dorang charge RM5. Gila tak? Baru pakai pun boleh koyak.. Nak tak nak dia terpaksa beli sebab hujan lebat.
7. Masa tu sepatutnya masuk ikut turn (this zone masuk dulu then this other zone masuk pulak) ada khemah kat situ untuk organize the zones tapi sebab hujan lebat semua meluru masuk and potong queue. Time ni Pak cik jual baju hujan charge satu baju hujan RM10.
8. Star planet tahan kitaorang dekat sejam kat khemah tu sampai basah kyup semua. Some dah masuk yang lain still kat luar. Ada yang dah pengsan and so on kat khemah tu. Ada satu auntie ni dah fedap tunggu lama so dia terus jerit "OPEN THE DOOR"
9. Bila dah dpt masuk apa lagi semua lari lintang pukang masuk zone masing masing. Time ni dah tak ada dah check check prohibited item, cuma dorang sempat check tiket je since semua dah meluru masuk.
10. So ada satu fan project yang nak kitaorang pakai finger LED untuk slot lagu Drop That. Finger LED tu di distribute secara free and dorang choose to distribute it kat pintu entrance. Time ni semua orang dah rush masuk mana sempat nak amik. So masa masuk tu kawan aku paling dekat dengan dia so dia amik dia punya then nak amikkan aku satu tapi staff EUM tu tak bagi and alih benda tu kat tempat lain. So majoriti of us tak dapat and i don't know if that fan project is succesful or not.
11. Time concert tu kan semua dah pushing sana sini, memang crowded gila, masa layan lagu exo tu aku layang lightstick tetiba terkena kepala satu auntie ni. Cepat cepat aku say sorry. Dia pun angguk je. Lepas tu dia tengok banyak budak merakam, dia pun ikut merakam sekali.
12. Ada orang nak guna bahu aku as tripod aku so aku just goyang-goyangkankan badan konon-konon jamming padahal haha.
13. 80% fancam aku either ada tangan orang, fanboard orang, or smartphone orang.
0 comments
thanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x