Psoriasis query: Beprosalic lotion

15:30:00


dipetik kat sini


First of all, aku nak minta maaf sebab tak reply inquiry sedara ni sebab masa tu aku dah stop bukak fb page. Dan sedara ni tanya lebih kurang setahun yang lepas so by now rasanya dia dah try sendiri kot ubat tu. Minta maaf sangat-sangat :(

Meh aku jawab soalan sedara ni kat sini supaya sedikit sebanyak korang pun tau.

Ya memang boleh spray kat kepala dan badan. Tapi pada pendapat aku, ubat ni memang berkesan tapi ia tak akan hilang sepenuhnya and memang amik masa untuk hilang/kurang. Dalam sebulan dua baru nampak kurang bila aku pakai. Dan bila guna ni at one point, tempat yang dispray tu jadi kering sangat cnthnya. bila spray waktu pagi, dalam tengahari sikit camtu dia start flaky and kering sangat so kena spray lagi. Tapi lain orang lain condition dia, korang boleh cuba try dulu kalau sebulan dua belum okay, better ikhtiar cari ubat lain pula

Bagi yang tak tau, ubat ni kalau korang spray kat tempat yang tak gatal(flaky), dia tak rasa apa tapi kalau korang spray kat tempat yang gatal merenyam renyam/merah//yang dah digaru/luka tu dia akan rasa pedih sikit. Dia jugak scentless, tak ada bau ubat ke apa so korang boleh pakai bila-bila masa.

Dan aku baru tau yang beprosalic lotion ni ada dalam bentuk cream sapu selain spray. Tak sure if farmasi semenanjung ada jual atau tak sebab dapat tau dari makcik (dia pun ada psoriasis tapi sikit sikit je). So dia pun pakai beprosalic lotion tapi jenis sapu punya. Korang boleh try tanya kat pharmacist tu kalau ada yang jenis cream punya.

You Might Also Like

0 comments

thanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x

Popular Posts

Recent Posts