Storytime : I can't say no to pemintak derma

13:43:00


Pernah tak korang kena tegur dengan someone and rupanya dia nak mintak derma untuk rumah orang tua / anak yatim atau apa-apa je tapi bila korang perhatikan betul-betul, orangnya tak nampak macam pemintak derma yang diiktiraf (ada lesen or apa apa dokumen yang mengatakan dia diiktiraf) or cam ada rasa sangsi je dengan cara orang tu mintak derma. Dan bila korang perhatikan lagi, pamplet/brochure yang dibagi tengok cam pernah nampak sebelum ni malah benda yang diexplain semua sebijik-sebijik. Macam baca dari buku text.

Aku pernah and aku gerenti ramai jugak yang  probably pernah encounter ngan pemintak derma yang aku described ni.

First time aku kena masa nak beli barang kat Tesco. Masa tu aku tengah cari barang aku sendiri so aku jalan separately from my mom, masa tengah jalan-jalan tengok barang tiba-tiba ada satu lelaki cina ni datang and mintak aku spare 5 minute walaupun time tu aku tengah sebok bercakap kat handphone. Aku ingat dia ada benda nak tanya ke apa sebab tak nampak cam pemintak derma and tak nampak dia bawak apa-apa yang mencurigakan melainkan a briefcase. So aku pun spare my 5 minute which i deeply regret sampai sekarang. Dia start keluarkan pamplet pink dia yang ada tulis persatuan yang dia wakil (tak silap rumah orang orang tua) and dia kata nak mintak derma. At first aku cam ralat sikit but disebabkan derma aku tak kisah la sangat. Dia kata boleh bagi berapa berapa je so aku nak bagi lah RM5 lepas tu tetiba dia kata kalau boleh dermalah RM20 sebab dorang boleh beli beras terus sambil tunjuk satu section kat pamplet tu yang ada gambahrajah harga dan item. Aku pause sekejap, eh.. pastu dia cakap lembut je tapi berulamkan desakan dalam cara percakapan dia and aku jenis manusia yang can't say no and lembik dalam bab benda-benda macam ni so aku pun mengalah, dalam hati cakap takpelah.. at least kalau aku derma ringan sikit beban pesatuan/rumah orang orang tua ni. Keluar sekeping RM20 then dia suruh tulis name and amount yang aku bagi lepas tu dia blah dari situ. Tapi kenapa dia mintak kat aku tapi tak mintak kat satu suami isteri yang kebetulan lalu situ jugak? Kat situ dah rasa ralat tapi takpelah.. Kalau derma tu telus aku dapat pahala kalau satu penipuan aku tak dapat dosa and org yang menipu tu yang berdosa kan?

Second time pula masa tengah nak tengok wayang kat KLCC dengan kawan. Masa tu nampak ada kiosk layan diri kat TGV so kitaorang pun try la kiosk tu and tiba-tiba ada lelaki cina ni datang kat kitaorang and guess what.. modus operandi yang sama. Mintak spare 5 minute, keluarkan pamplet and mintak derma. Aku tengok pamplet sebijik macam kejadian kat Tesco punya aku dah rasa tak senang hati. Aku pandang kawan aku dia pandang aku balik, aku tak kedekut tapi aku tak nak bagi duit kalau benda tu fraud. Benda tak betul and tak sampai kat orang yang sepatutnya. Nak tak nak kitaorang masing masing bagi RM5 each pastu lelaki tu kata "kalau boleh derma lah rm20 sorang or sorang bagi  rm10, nanti kita boleh beli beras terus" aku pandang kawan aku lagi and dia pandang aku, dalam hati kata takleh jadi ni so aku cakap "takpe kita bagi ni dulu (RM10 from both of us). You bagi pamplet you or kasi kita address nanti kita sendiri beli beras and hantar kat address tu" Pastu dia tersengih-sengih and amik balik pamplet dia dari tangan aku pastu dia say thanks and blah. Pamplet or address dia tak bagi pun so kat situ dah nampak dah penipuan dia. Punye banyak orang kat situ dia target kitaorang je. Nampak tak game dia?

Mak aku selalu cakap yang kalau orang mintak derma (macam yang selalu datang time kita makan kat kedai, mintak seringgit dua nak makan) jangan bagi duit, suruh orang tu order makan minum and tapau sekaligus pastu kita bayarkan. Kalau bagi duit dorang boleh buat benda lain dengan duit tu, kalau dorang betul betul nak makan mesti dorang akan order.

And aku pernah nampak budak budak kecik kat Bukit Bintang street and kat Sogo yang sesedap rasa letak buku yassin kecik kat tangan orang lepas tu mintak duit. Even when orang kata tak nak dorang selambe je buat tak tau and paksa orang tu amik buku yassin tu. Aku nampak je tapi tak kena pun.Lemah semangat kalau kena.

To be honest aku tak tau benda derma camni betul or tak and like i said, kalau betul baguslah kalau tak redha jelah. Benda dah jadi tapi pasni memang tak ah. Aku sendiri offer beli beras then hantar kat dorang.


You Might Also Like

0 comments

thanks for stopping by- I love reading your comments! I'll always reply so check back in a few days if you've asked me any questions x

Popular Posts

Recent Posts