Powered by Blogger.

Pages

  • Home
  • Animal crossing: New leaf
  • Psoriasis
  • Movies
  • Personal
  • Answered Questions

ENIGMA



Akhirnya dah tiba masanya aku uninstall POGO ni. Bukan apa, buat masa sekarang ni aku takda masa dah nak main POGO ni. Kalau dulu, time jalan-jalan kat shopping mall or peri kedai mesti aku on apps ni tapi sekarang dah tak teringat dah. Selain tu nak jimat bateri, walaupun ada powerbank tapi aku rasa better tak perlu usung powerbank tu kesana kemari padahal nak kekedai je pun. Lagi satu, aku tak suka tengok apps banyak-banyak tapi tak guna dalah phone. Mana yang dah jarang-jarang guna tu dah boleh uninstall, dapat free storage sikit. Masa mula main dulu memang hype gila tapi sekarang, atleast bagi aku aku rasa aku dah boleh bersara dari jadi pokemon trainer haha. Goals yang aku dah tetapkan tak kesampaian sebab tak mampu nak completekan semua. Balik-balik pokemon yang sama je keluar. Nak pokemon rare kene keluar and travel jauh sikit and as far as i know, aku ni pemalas gila so memang tak penuh ah pokedex ni. Lepas uninstall ni dapat download game baru and currently aku tengah obses dengan satu game ni. Aku akan cerita dalam entry seterusnya but for now, farewell pokemon go. You will be missed.


Finally i made up my mind to uninstall POGO after spending long time thinking. My time management is a mess nowadays and i can't even take time to play it anymore. It also will save my battery since whenever i play it like 5-10 minutes it consumed lots of my battery just for leaving it open to detect pokemon nearby! It was definitely hyped up when it first released in Malaysia but as time passed the hype died or atleast that's what i think. I rarely see kids or adult around me playing it anymore. Maybe there is still groups of people still playing it somewhere. I kinda set up my own goal on playing this but unfortunately i can't complete it since i was stuck at the same place everyday and same pokemon keep appearing so not much progression there. I have new obsession on a new game but i'll talk about it on the next entry.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Lepas tu few days ago aku ada terbaca satu article about a guy yang dapat kumpul SG$6,000 (RM18,000) dalam masa 2 tahun hanya dengan hanya menabung SG$1sehari. Kan masa kecik0kecik dah diajar menabung tapi tangan ni gatal pergi korek balik tabung tu. Last-last dah tak menabung dah. Aku rasa motivate sikit nak menabung bila baca article tu sebab nowdays aku memang dah start menabung. Mana-mana duit yang tecicir dari dompet aku kutip terus masuk tabung, dah tak masuk dompet dah. Tapi mix la kadang-kadang ada 20sen, 50sen. So from now on aku nak try menabung RM1 a day supaya nanti sikit sebanyak dapat kumpul duit sebab kalau duit kat dompet confirm habis beli barang. But first, kena pastikan takde "tangan-tangan" gatal yang akan korek tabung aku nanti haha.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kalau korang baca entry aku yang lama-lama tu korang mesti tau yang aku pergi concert Exo The Exoluxion (TEL) beberapa bulan yang lepas. Dalam entry ni aku nak cerita time aku kat sana. Dah berapa bulan baru nak buat entry haha..

1. Dalam entry ni aku ada cerita pasal macam mana booking aku kene reject. Lepas kene cancel tu aku terus pergi search another hotel yang berdekatan. Dapat satu, price pun around bajet since aku kongsi dengan kawan. Aku booking a kat hotel tu (more like guesthouse or ala-ala motel camtu) and select bilik yang ada 1 queen bed and 1 single bed. Then bila kitaorang nak cari hotel tu punyalah complicated tapi tak kisahlah tu, dah sampai je kat situ booking aku kena ubah lagi. Kitaorang dapat bilik yang cuma ada 1 queen size bed. Aku punya berangin takyah citer ah. Nasib baik 3 orang je. Kalaulah 4, 5 orang? Mana nak letak yang lain? Nasib baik staff tu okay and kata boleh letak extra bed with no charge. Lepas tu kan yang klakarnya bilik tu tak ada aircond hahaha. I mean ada aircond tapi gas tak ada. Dahlah time tu musim el nino, bahangnya bilik kitaorang tuhan je tahu. Duduk kat lobby lagi sejuk dari dalam bilik haha.

2. Masa hari concert tu me and my friend plan gerak awal sebab nak collect fankit yang kitaorang dah beli and some free fankit. Masa dah sampai tu punyalah ramai orang (understandable sebab concert kan?) then kitaorang have to go through these peoples untuk cari tempat fankit kitaorang. Yang bagi free tu boleh je pergi kat dorang and amik fankit (mostly banner and photocards) Ada yang syarat lebih sikit, nak tengok tweethandle or folder certain member. Fun gila macam main treasure hunt.

3. Time tu jugak nak cari fankit yang kita dah bayar as example aku beli Exo Union Malaysia punya fankit and ada set banner, poncho, wristband and someother stuff tak ingat and Kai Union punya fankit which include flower crown, few photocards and some buttons. So aku gerak awal, sebab takut tak jumpa dorang nilah. Dorang datang lambat gila (understandable since time tu ada 2 entrance and they had to ulang alik between those two entrance).

4. Ada sekali tu aku salah beratur masa nak amik merch sebab ingatkan EUM punya spot. Dah ramai gila beratur kat situ so aku pun ikut beratur. Sekali sampai depan aku tengak asal bukan macam EUM, sekali this one nice person yang beratur infront of me bagitau yang ni fankit baekhyun. Hahaha.. kelakar. Dah alang-alang sampai depan aku pun amik jelah. Fankit dia comel gila. One hand banner and few photocards. Nice person tu siap tumpangkan payung lagi since hari tu panas terik. Ada korean concert goer yang beratur belakang aku siap tanya "what is this line for?".

5. Tunggu punya tunggu finally jumpa EUM punya booth. Amik item then blah, sebab penat sangat kitaorang cari satu spot untuk duduk sementara tunggu yang Kai Union punya pulak. Sekali dorang update location so kalut ah aku nak cari, sampai je kat location yang dorang post, dorang takde kat sana. tweet dorang tanya mana location tak ada reply. Bukan aku je yang beli kat Kai Union, ramai lagi yang tak dapat. Tweet punya tweet sampai kesudah takda reply.

6. Time dekat-dekat nak masuk tetiba hujan lebat. Aku ada poncho so lucky tapi kawan aku terpaksa beli. One poncho kualiti on par dengan beg plastic dorang charge RM5. Gila tak? Baru pakai pun boleh koyak.. Nak tak nak dia terpaksa beli sebab hujan lebat.

7. Masa tu sepatutnya masuk ikut turn (this zone masuk dulu then this other zone masuk pulak) ada khemah kat situ untuk organize the zones tapi sebab hujan lebat semua meluru masuk and potong queue. Time ni Pak cik jual baju hujan charge satu baju hujan RM10.

8. Star planet tahan kitaorang dekat sejam kat khemah tu sampai basah kyup semua. Some dah masuk yang lain still kat luar. Ada yang dah pengsan and so on kat khemah tu. Ada satu auntie ni dah fedap tunggu lama so dia terus jerit "OPEN THE DOOR"

9. Bila dah dpt masuk apa lagi semua lari lintang pukang masuk zone masing masing. Time ni dah tak ada dah check check prohibited item, cuma dorang sempat check tiket je since semua dah meluru masuk.

10. So ada satu fan project yang nak kitaorang pakai finger LED untuk slot lagu Drop That. Finger LED tu di distribute secara free and dorang choose to distribute it kat pintu entrance. Time ni semua orang dah rush masuk mana sempat nak amik. So masa masuk tu kawan aku paling dekat dengan dia so dia amik dia punya then nak amikkan aku satu tapi staff EUM tu tak bagi and alih benda tu kat tempat lain. So majoriti of us tak dapat and i don't know if that fan project is succesful or not.

11. Time concert tu kan semua dah pushing sana sini, memang crowded gila, masa layan lagu exo tu aku layang lightstick tetiba terkena kepala satu auntie ni. Cepat cepat aku say sorry. Dia pun angguk je. Lepas tu dia tengok banyak budak merakam,  dia pun ikut merakam sekali.

12. Ada orang nak guna bahu aku as tripod aku so aku just goyang-goyangkankan badan konon-konon jamming padahal haha.

13. 80% fancam aku either ada tangan orang, fanboard orang, or smartphone orang.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
1. Venue (luar stadium)
Venue dia sempit gila. Imagine fans from seluruh malaysia (+ foreign fans) bersesak kat satu venue yang kecik (luar stadium). Dengan cuaca yang panas lagi bersempit-sempit kat crowded area.

2.  Scattered giveaway booth
Its not even a booth sebab memang takda booth pun. Tapi tu tak kisahlah sebab kat luar venue pun sempit gila, celah mana nak open booth. So dorang akan berdiri mana-mana spot kosong yang dorang boleh berdiri, so kalau korang missed out then tak dapatlah free fangift.

3. Entrance time being delayed
Remaining people (which probably zone e, x, o and cat 3(?) ) masuk dalam stadium waaaay passed the time stated.

4. Sampah everywhere
IDK what's up with this and tak suprised pun benda ni happen sebab ada orang jual makanan, ice cream and soft drinks kat situ and plastic/garbage can mungkin tak cukup or people are just simply malas so people resort to buang sampah dorang merata-rata which is a pretty eyesore and kesian kat sesiapa yang kena clean up tu. Oh and did i mention that me and my friend had to stand up atas piles of garbage and i even accidentally stepped up on an unopened lay chips!!

5. Star planet makes us line up according to ticket code yet failed miserably
Star planet ada buat rules which is everyone kena line up according to code no kat ticket. Time tu hujan lebat and people berebut masuk tent. Semua potong queue and stuff tapi tak kisahlah sebab yang tinggal tu i think standing zone so takyah ikut number pun takpe. Then terpaksa bersempit kat dalam tent tu for idk how long sebab hujan tengah lebat sampai ada yang pengsan. Some yang tak muat masuk tent terpaksa berdiri kat luar without rain coat and bash kuyup (most pakai raincoat). So in short, rule untuk line up tu dah takde function.

6. Penjual cekik darah
Ada booth yang jual unofficial merch and makanan/minuman sebelum masuk venue (area luar stadium). Most unofficial merch standard handfan, shirt, keychain keyring and lain lain.. Sempat jugak tengok-tengok and some harga reasonable je and aku pun sempat beli satu baju tapi yang cekik darah adalah yang jual makanan/minuman/raincoat. Yes korang boleh kata "standard la kat concert kot semua confirm mahal" or "ticket mahal boleh beli makanan dua ringgit tak kan ta boleh beli" tapi agak-agak la kot kalau satu cucuk fishball RM2, mineral RM2... Paling tak boleh blah raincoat jual RM5 tapi kualiti cam plastic sampah. Beli kat daiso harga sama satu RM5 dah boleh bukak pakai bawak balik..

7. xxx fan union change and set their method of mailing to self pick up.
Okay ni maybe problem aku je sebab semua fankit yang aku beli aku akan choose the option to ship to me before the concert day. Sebab apa? Sebab aku nak tinggalkan barang yang tak perlu and just bawa barang yang perlu je pastu senang, time concert nak pergi venue lambat pun takpe sebab kits semua dah collect, takyah nak risau lagi. Then suddenly all of them changed their method to self pick up. Dah kena meredah sana sini cari dorang. Kalau dekat takpe ni semua jauh-jauh pastu awal gila nak mampus. Kalau yang update wherebout ok lagi ni ada yang update sekali pastu bila dia tukar location terus hilang. Sampaikan aku missed collect satu fankit aku which aku nak sangat pakai time tu.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
I have no idea what the hell am i writing . If i remember correctly it's some kind of secret code or something that suppose to be a secret that me and my friend invented so we can like super communicating in secret . The fun part is that i don't remember how to decode it and i'm pretty sure its not a ramen recipe that's for sure. Its pretty fun to do this with your friend except the convert 26 alphabet into alien alphabet and forgot it 12 years later part.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
So i'm drafting most of my posts since it contains cringe worth style of writing. Will put it on public again after editing some of the post.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pernah tak korang kena tegur dengan someone and rupanya dia nak mintak derma untuk rumah orang tua / anak yatim atau apa-apa je tapi bila korang perhatikan betul-betul, orangnya tak nampak macam pemintak derma yang diiktiraf (ada lesen or apa apa dokumen yang mengatakan dia diiktiraf) or cam ada rasa sangsi je dengan cara orang tu mintak derma. Dan bila korang perhatikan lagi, pamplet/brochure yang dibagi tengok cam pernah nampak sebelum ni malah benda yang diexplain semua sebijik-sebijik. Macam baca dari buku text.

Aku pernah and aku gerenti ramai jugak yang  probably pernah encounter ngan pemintak derma yang aku described ni.

First time aku kena masa nak beli barang kat Tesco. Masa tu aku tengah cari barang aku sendiri so aku jalan separately from my mom, masa tengah jalan-jalan tengok barang tiba-tiba ada satu lelaki cina ni datang and mintak aku spare 5 minute walaupun time tu aku tengah sebok bercakap kat handphone. Aku ingat dia ada benda nak tanya ke apa sebab tak nampak cam pemintak derma and tak nampak dia bawak apa-apa yang mencurigakan melainkan a briefcase. So aku pun spare my 5 minute which i deeply regret sampai sekarang. Dia start keluarkan pamplet pink dia yang ada tulis persatuan yang dia wakil (tak silap rumah orang orang tua) and dia kata nak mintak derma. At first aku cam ralat sikit but disebabkan derma aku tak kisah la sangat. Dia kata boleh bagi berapa berapa je so aku nak bagi lah RM5 lepas tu tetiba dia kata kalau boleh dermalah RM20 sebab dorang boleh beli beras terus sambil tunjuk satu section kat pamplet tu yang ada gambahrajah harga dan item. Aku pause sekejap, eh.. pastu dia cakap lembut je tapi berulamkan desakan dalam cara percakapan dia and aku jenis manusia yang can't say no and lembik dalam bab benda-benda macam ni so aku pun mengalah, dalam hati cakap takpelah.. at least kalau aku derma ringan sikit beban pesatuan/rumah orang orang tua ni. Keluar sekeping RM20 then dia suruh tulis name and amount yang aku bagi lepas tu dia blah dari situ. Tapi kenapa dia mintak kat aku tapi tak mintak kat satu suami isteri yang kebetulan lalu situ jugak? Kat situ dah rasa ralat tapi takpelah.. Kalau derma tu telus aku dapat pahala kalau satu penipuan aku tak dapat dosa and org yang menipu tu yang berdosa kan?

Second time pula masa tengah nak tengok wayang kat KLCC dengan kawan. Masa tu nampak ada kiosk layan diri kat TGV so kitaorang pun try la kiosk tu and tiba-tiba ada lelaki cina ni datang kat kitaorang and guess what.. modus operandi yang sama. Mintak spare 5 minute, keluarkan pamplet and mintak derma. Aku tengok pamplet sebijik macam kejadian kat Tesco punya aku dah rasa tak senang hati. Aku pandang kawan aku dia pandang aku balik, aku tak kedekut tapi aku tak nak bagi duit kalau benda tu fraud. Benda tak betul and tak sampai kat orang yang sepatutnya. Nak tak nak kitaorang masing masing bagi RM5 each pastu lelaki tu kata "kalau boleh derma lah rm20 sorang or sorang bagi  rm10, nanti kita boleh beli beras terus" aku pandang kawan aku lagi and dia pandang aku, dalam hati kata takleh jadi ni so aku cakap "takpe kita bagi ni dulu (RM10 from both of us). You bagi pamplet you or kasi kita address nanti kita sendiri beli beras and hantar kat address tu" Pastu dia tersengih-sengih and amik balik pamplet dia dari tangan aku pastu dia say thanks and blah. Pamplet or address dia tak bagi pun so kat situ dah nampak dah penipuan dia. Punye banyak orang kat situ dia target kitaorang je. Nampak tak game dia?

Mak aku selalu cakap yang kalau orang mintak derma (macam yang selalu datang time kita makan kat kedai, mintak seringgit dua nak makan) jangan bagi duit, suruh orang tu order makan minum and tapau sekaligus pastu kita bayarkan. Kalau bagi duit dorang boleh buat benda lain dengan duit tu, kalau dorang betul betul nak makan mesti dorang akan order.

And aku pernah nampak budak budak kecik kat Bukit Bintang street and kat Sogo yang sesedap rasa letak buku yassin kecik kat tangan orang lepas tu mintak duit. Even when orang kata tak nak dorang selambe je buat tak tau and paksa orang tu amik buku yassin tu. Aku nampak je tapi tak kena pun.Lemah semangat kalau kena.

To be honest aku tak tau benda derma camni betul or tak and like i said, kalau betul baguslah kalau tak redha jelah. Benda dah jadi tapi pasni memang tak ah. Aku sendiri offer beli beras then hantar kat dorang.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Status : Might be active again. Thank you for visiting! - 24/11/19

More post about my psoriasis update coming soon!

Follow Me

  • Twitter
  • Ask.fm
  • Blogspot

Blog Archive

  • ►  2019 (2)
    • ►  November (2)
  • ►  2017 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (26)
    • ►  December (4)
    • ►  October (3)
    • ▼  September (7)
      • Goodbye, Pokemon Go
      • RM1 a Day Challenge
      • Story Telling: ExoluxionaInMalaysia Concert Experi...
      • ExoluxionaInMalaysia Concert: Rants
      • Alien Words Are Fun Except The Part Where You Forg...
      • Drafting most of my post !
      • Storytime : I can't say no to pemintak derma
    • ►  August (6)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2015 (4)
    • ►  December (4)
  • ►  2014 (3)
    • ►  September (1)
    • ►  May (1)
    • ►  February (1)

recent posts

Sponsor

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes